PESTA MAGAHAU PERAYAAN SUKU KAUM RUNGUS SABAH
Pengenalan Pesta Magahau
Magahau adalah satu perayaan besar-besaran suku kaum Rungus di Sabah. Konsep Magahau telahpun dibentangkan, diperbahaskan dan telah dibuat satu resolusi di dalam Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009, anjuran Mahkamah Anak Negeri Daerah Kecil Matunggong. Konvensyen tersebut dihadiri oleh pengamal Undang-undang Adat Rungus dari seluruh Daerah Kudat, Daerah Kecil Matunggong, Daerah Kota Marudu dan Daerah Pitas iaitu daerah-daerah yang mempunyai penduduk Rungus yang ramai.
Magahau ialah perayaan suku kaum Rungus yang terbesar dan dirayakan setiap tahun atau selang beberapa tahun. Pada masa dahulu, lazimnya Magahau dirayakan oleh beberapa kampung atau sekurang-kurangnya satu kampung atau beberapa keluarga. Ini menunjukkan Magahau adalah perayaan yang dianggap besar oleh suku kaum Rungus.
Mengikut resolusi Konvensyen Undang-undang Adat Matunggong 2009, konsep Magahau adalah berbeza dengan Kamatan. Motif perayaan Magahau adalah lebih umum dan tidak terikat dengan kegembiraan selepas menuai seperti mana konsep pesta menuai (Kamatan).
Konsep Pesta Menuai (Kamatan) yang dirayakan pada 30 & 31 Mei setiap tahun mempunyai persamaan yang banyak dengan konsep Mongulok di dalam suku kaum Rungus. Sementara konsep Magahau adalah jauh berbeza dengan konsep Kamatan suku kaum Kadazan atau Dusun.
Suku kaum Rungus lazimnya akan Magahau atau menyambut Magahau dalam keadaan-keadaan seperti berikut:

- Mempunyai makanan yang mencukupi atau berlebihan pada tahun tersebut dan berhasrat untuk membuat perayaan secara besar-besaran.
- Mengadakan aktiviti ritual yang akan mengorbankan banyak haiwan ternakan. Lazimnya apabila terdapat aktiviti ritual seperti Mamapak Mamasi Pomogunan, yang mengorbankan banyak haiwan ternakan, suku kaum Rungus pada ketika itu akan mengistiharkan Magahau dan memanggil saudara-mara dari kampung lain untuk datang bertandang. Ini kerana terdapat banyak makanan daripada korban haiwan ternakan tersebut.
- Kehidupan yang makmur dan ingin berkongsi kegembiraan bersama saudara mara, kampung-kampung berdekatan dan orang ramai.
- Pada masa dahulu Magahau boleh diadakan pada bila-bila sahaja dirasakan sesuai dan tidak terikat kepada mana-mana tarikh atau musim seperti selepas menuai atau tahun baru.
- Berdasarkan penjelasan di atas, Magahau bolehlah ditakrifkan sebagai perayaan besar-besaran suku kaum Rungus yang bertujuan untuk menzahirkan kegembiraan kerana mendapat rezeki yang berlebihan pada sesuatu ketika dan berkongsi kegembiran tersebut bersama saudara mara, kampung-kampung yang berdekatan serta orang ramai. Rezeki di dalam konteks Rungus zaman dahulu adalah makanan yang berlebihan, hasil tanaman yang banyak dan kehidupan yang makmur.
Magahau dan Ritual
Sumber : SAMORA
- SabahColumn.net
0 Response to "PESTA MAGAHAU PERAYAAN SUKU KAUM RUNGUS SABAH"